1.0 PENGENALAN
Dalam Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Semester 2, Pergerakan Asas merupakan salah satu
daripada sukatan mata pelajaran yang perlu dipelajari di mana terbahagi kepada
tiga komponen utama iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi
alatan. Semua guru pelatih bagi program ini diwajibkan untuk menyiapkan satu
tugasan yang berkaitan dengan Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor di mana
kami perlu menyediakan dan melaksanakan satu perancangan rangkaian pergerakan
lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan. Tugasan ini perlu
dilaksanakan secara berkumpulan iaitu 4 hingga 5 orang dalam satu kumpulan.
Kertas kerja ini merangkumi perancangan dan pelaksanakan
satu aktiviti rangkaian pergerakan asas bagi murid-murid Tahap Satu. Aktiviti
ini merupakan rangkaian pergerakan asas yang memberi perhatian kepada
keseluruhan tubuh badan murid-murid. Semua aktiviti tersebut menitikberatkan
pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak sama ada dari segi fizikal, mental,
emosi, dan juga sosial.
Selain itu, kertas kerja ini juga memberikan panduan
kepada guru pelatih untuk menjalani amali dan juga memberi pendedahan kepada guru
pelatih tentang cara dan prosedur untuk merancang dan melaksanakan aktiviti
rangkaian pergerakan asas ini. Kertas kerja ini mengandungi panduan pelaksanaan
demonstrasi, prosedur pelaksanaan demonstrasi yang dalam bentuk jadual,
jenis-jenis pergerakan yang bersertakan gambar-gambar serta pelan kedudukan
ujian amali Pergerakan Asas. Hal ini bertujuan memudahkan para guru pelatih melihat
carta alir pergerakan asas dalam amali ini. Seterusnya ialah rumusan iaitu
kesimpulan mengenai keseluruhan kertas kerja ini.
2.0 MATLAMAT
Amali Pergerakan
Asas ini diadakan bertujuan memberi pendedahan atau pendekatan kepada kita yang
sebagai bakal guru tentang perancangan dan pelaksanakan aktiviti rangkaian
pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan melalui penyediaan
kertas kerja di samping membuat persiapan untuk menghadapi ujian amali
Pergerakan Asas ini nanti. Selain itu, amali ini juga bertujuan untuk
mendedahkan para guru pelatih kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih
menarik dan mencabar mengikut tahap umur. Guru pelatih diharapkan dapat
menggunakan peluang ini sebaik-baiknya dengan menimba seberapa banyak
pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai pergerakan asas ini dan
dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak.
Tambahan pula, melalui tugasan amali yang diberikan, para guru pelatih diharapkan
boleh mempraktikkan pergerakan secara berkesan dalam kehidupan seharian setelah
memperolehi pengetahuan yang maksimum. Bukan sahaja itu, para guru pelatih juga
boleh mempelbagaikan kemahiran pergerakan asas dengan menggunakan alatan dan
meningkatkan kemahiran serta kecekapan seseorang individu dalam sesuatu
pergerakan. Secara langsungnya, guru pelatih yang terlibat dapat meningkatkan
kecergasannya dari segi fizikal, mental, emosi dan sebagainya. Amali ini turut
bertujuan mempertajamkan imaginasi dan sensiviti serta kreativiti dalam
merancang pergerakan asas.
Selain itu, kertas kerja ini dihasilkan bagi
mendapat bimbingan pensyarah dalam menyediakan pergerakan-pergerakan yang
sesuai untuk murid-murid tahap satu. Semoga amali seperti ini menjadi perintis
kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan
seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta
ketahanan diri yang tinggi. Sehubungan itu, melalui tugasan amali ini yang
dilakukan secara berkumpulan, turut diharapkan mampu mengeratkan hubungan
antara satu sama lain di samping memupuk semangat toleransi dan kerjasama serta
membentuk kepimpinan dan sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru.
3.0 OBJEKTIF
Objektif
utama yang hendak dicapai melalui rangkaian pergerakan asas ini ialah
merekacipta serta melaksanakan rangkaian pergerakan asas yang mengaplikasikan
kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Selain itu,
objektif lain yang terlibat ialah guru pelatih dapat:
i.
Psikomotor
· Melakukan pergerakan
manupulasi alatan yang melibatkan aras, daya, arah dan bahagian tubuh badan.
· Dapat menggabungkan
pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manupulasi alatan secara bebas yang
melibatkan penggunaan manipulasi alatan.
· Melakukan dan
menguasai kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan teknik yang
betul melibatkan konsep pergerakan asas.
· Melakukan pergerakan
lokomotor dan bukan lokomotor yang melibatkan aras, ekstensi dan perhubungan
dengan 3 manipulasi alatan.
· Melakukan gerak edar
menggunakan konsep pergerakan asas.
·
Memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang potensi
tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan.
ii.
Kognitif
· Menghasilkan satu kertas
kerja untuk menyempurnakan satu rangkaian pergerakan asas lokomotor dan bukan
lokomotor dengan alatan.
· Memahami konsep
pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan dengan tepat.
· Membentuk guru pelatih yang berfikiran kreatif dalam
menyediakan pergerakan-pergerakan yang perlu dilakukan di setiap stesen.
iii.
Afektif
· Menunjukkan sikap
dan nilai kerjasama dengan menyumbang idea dan berkongsi maklumat bersama rakan-rakan
yang lain.
· Mengeratkan lagi
hubungan silaturahim dalam kalangan ahli kumpulan dan rakan-rakan lain.
· Bersikap berdisiplin
dan mendengar arahan para penguji semasa ujian amali.
· Melahirkan perasaan
positif dalam diri guru pelatih dengan menginterprestasi idea secara simbolik
melalui pergerakan.
· Sentiasa berasa
riang, seronok dan yakin semasa melakukan pergerakan dan sentiasa mengisi masa
dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan
sasaran bagi rangkaian pergerakan asas ini ialah murid Tahap satu iaitu
murid tahun 3 yang berumur 9 tahun.
5.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI
5.1 PROSEDUR PELAKSANAAN DEMONSTRASI
Bil.
|
Jenis pergerakan
|
|
Aktiviti / kemahiran
|
Catatan
|
|
1
|
Bukan lokomotor
|
A & B
|
Duduk dan baring
ü A & B duduk dan baring sambil melambung dan
menyambut bola secara bergilir-gilir
|
||
2
|
Lokomotor
|
A & B
|
Galop
ü A & B galop sambil melambung dan menyambut bola
antara satu sama lain secara bergilir-gilir
|
||
3
|
Bukan lokomotor
|
A,B & D
|
Berdiri
ü A,B & D berdiri sambil melambung, menampar dan
menyambut bola kepada rakan di sebelah kanannya
|
||
4
|
Lokomotor
|
D
|
Skip
ü D skip ke dalam gelung melepasi seluruh badan
|
||
5
|
Bukan lokomotor
|
C & D
|
Berdiri dan meregang
ü C & D berdiri dan meregang sambil melambung dan
menyambut bola dengan menggunakan tangan dan kaki
|
-
Berdiri dan
meregang di atas lantai dan peti lombol
-
Menggunakan
bola bersaiz besar.
|
|
6
|
Lokomotor
|
C & D
|
Berjalan dan menggelungsur
ü C & D
berjalan dan menggelungsur
menghadap tilam sambil mengangkat kaki D dan memutar bola
|
-
Memutar bola
dengan menggunakan tangan
|
|
7
|
Bukan lokomotor
|
A,B,C & D
|
Duduk
ü A, B, C & D duduk sambil memusing bola untuk
dihantar ke rakan di sebelah kirinya
|
-
Memutar bola di
atas lantai
|
|
8
|
Lokomotor
|
A & C
|
Ketingting (Hop)
ü A & C ketingting sambil menghayun tali bersama-sama
|
||
9
|
Bukan lokomotor
|
A,B & C
|
Melentik dan berdiri
ü A, B & C berdiri dan melentik sambil menggolek dan
menyambut bola secara bergilir-gilir melepasi bawah badan C
|
-
C melentikkan
badan dalam posisi melentang di atas lantai dan kaki dirapatkan
-
A & B
berdiri sambil membongkokkan badan semasa menggolek dan menyambut bola
|
|
10
|
Lokomotor
|
B
|
Berjalan dengan membongkokkan badan
ü B berjalan dengan membongkokkan badan sambil melantun
bola melalui skitel
|
||
11
|
Bukan lokomotor
|
A,B,C & D
|
Berdiri
ü A, B, C dan & D berdiri sambil menendang bola
kepada rakan di sebelah kanannya secara serentak
|
||
12
|
Lokomotor
|
C & D
|
Berjalan
ü C & D berjalan ke tepi di atas bangku gimnastik
sambil menghayun gelung bersama-sama
|
||
13
|
Bukan lokomotor
|
A,B, C & D
|
Berdiri
ü B & C berdiri sambil membaling dan menyambut bola
sementara A & D berdiri sambil menggolek gelung antara satu sama lain
secara bergilir-gilir
|
||
14
|
Lokomotor
|
A
|
Merangkak
ü A merangkak melalui tangga sambil menggolek bola
|
||
15
|
Bukan lokomotor
|
A & B
|
Membongkok
ü A & B membongkok sambil melantun bola antara satu
sama lain secara bergilir-gilir
|
-
Membongkokkan
badan dengan kaki dikangkang
|
|
16
|
Lokomotor
|
B
|
Skip
ü B skip sambil melibas tali ke kiri dan ke kanan
|
||
17
|
Bukan lokomotor
|
B & C
|
Melentik
ü B & C melentik sambil menarik dan menolak tali
|
||
18
|
Lokomotor
|
C
|
Berjalan
ü C berjalan mengundur sambil memutar gelung
|
||
19
|
Lokomotor
|
C & D
|
Berjoging dan lompat layang (Leap)
ü D berjoging dan membaling bola kepada C yang melakukan
lompat layang di atas papan anjal sambil menyambut bola
|
||
20
|
Bukan lokomotor
|
A,B,C & D
|
Berdiri
ü A,B,C & D berdiri sambil melambung dan menyambut
gelung
|
-
Berdiri di atas
lutut
|
5.2 PELAN KEDUDUKAN UJIAN AMALI PERGERAKAN ASAS
LITAR RANGKAIAN PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
DENGAN MENGGUNAKAN ALATAN
5.3 SENARAI PERALATAN
BIL
|
ALATAN BERAT
|
KUANTITI
|
ALATAN TANGAN
|
KUANTITI
|
1
|
BANGKU PANJANG
|
2
|
BOLA
|
12
|
2
|
SKETEL
|
5
|
BOLA BESAR
|
1
|
3
|
TILAM
|
3
|
GELUNG
|
6
|
4
|
PAPAN ANJAL
|
1
|
TALI
|
2
|
5
|
PETI LOMBOL
|
1
|
6.0 RUMUSAN
Pembelajaran pergerakan asas ini
merupakan satu topik yang amat penting dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan dalam sekolah rendah. Ini adalah kerana melalui pembelajaran pergerakan
asas, murid-murid dapat memperolehi pelbagai teknik pergerakan dan kemahiran
manipulasi sesuatu objek. Teknik pergerakan ini, sama ada pergerakan lokomotor
atau bukan lokomotor adalah pergerakan yang kita amat perlukan dalam aktiviti
seharian. Oleh itu, melalui pembelajaran pergerakan asas ini, murid-murid dapat
menggunakan sesuatu pergerakan dengan gaya dan masa yang betul. Contohnya,
ketika guru menggunakan pendekatan belajar melalui bermain, murid-murid akan
menggabung jalinkan pelbagai jenis pergerakan yang diperoleh melalui mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang memerlukan
individu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain manakala pergerakan
bukan lokomotor pula pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku
pergerakan kemahiran lokomotor sama ada berlari, mengimbang dan memanjat.
Melalui aktiviti yang
dijalankan kami dapat mempelajari bagaimana cara untuk merancang strategi
pelaksanaan aktiviti rangkaian pergerakan asas dengan lebih sistematik.Secara
tidak langsung, kami dapat membentuk dan menghasilkan corak pergerakan yang
menarik. Hal ini dapat membantu kami dalam meningkatkan lagi daya pemikiran dan
kreativiti. Oleh demikian, sebagai seorang bakal guru, kami perlu memupuk dan
menerapkan daya kreativiti dalam diri masing-masing bagi melahirkan generasi
yang lebih kreatif dan inovatif pada masa hadapan.
Seterusnya,
kami juga dapat mempelajari pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta
mengetahui perbezaannya. Misalnya dalam dua kemahiran yang berbeza seperti
melambung dan membaling, kami telah mengalami kekeliruan akibat daripada cara
hantaran yang hampir sama. Namun, setelah melakukan tugasan ini, kami dapat
mengenal pasti perbezaan antara kedua-dua kemahiran tersebut. Melambung
merupakan satu pergerakan untuk melepasi halangan manakala membaling merupakan
satu pergerakan untuk menghantar sesuatu objek jarak jauh.
Akhir
sekali, melalui tugasan ini, nilai kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan
ahli kumpulan. Kami bersama-sama berganding bahu untuk menyumbang idea, tenaga,
masa, maklumat dan wang ringgit. Kami turut bertungkus-lumus untuk menyiapkan
tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment