Sunday 2 September 2012

Riang Ria Meletup

1.0  Tajuk      
Riang Ria Meletup
2.0  Matlamat
Permainan kanak-kanak ini diwujudkan untuk meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Melalui permainan kanak-kanak ini juga individu dapat meningkatkan kemahiran psikomotor masing-masing.
3.0 Objektif
Pada akhir perlaksanaan permainan ini, pelajar dapat :
a)    Memenuhi syarat ujian amali pergerakan asas (PJM3102).
b)    Meningkatkan pengetahuan tentang domain psikomotor, kognitif, dan afektif.
c)    Menguasai kemahiran pergerakan asas dan berupaya mengaplikasinya dalam permainan kanak-kanak.
d)    Memupuk semangat kesukanan dan kerjasama dengan menyumbang idea dan berkongsi maklumat bersama rakan-rakan yang lain.
e)    Membentuk guru pelatih yang berfikiran kreatif dalam merancang aktiviti permainan kanak-kanak.
f)     Memperkembangkan imaginasi guru pelatih semasa merancang dan melaksanakan permainan kanak-kanak.
g)    Mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli kumpulan dan rakan-rakan lain.
h)   Sentiasa berasa riang, seronok dan yakin semasa melakukan pergerakan dan sentiasa mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
i)     Mempunyai peluang kebebasan bertindak dalam melaksanakan sesuatu perkara.


4.0  Panduan Pelaksanaan Permainan
Bil
Alatan
Fungsi/ kegunaan alatan
1.     





Kadbod

Kadbod digunakan untuk menyelitkan belon.
2.     

Belon

Belon digunakan sebagai objek untuk sasaran.
3.     


Gelung

Gelung digunakan sebagai penanda kawasan permulaan. Pemain dikehendaki untuk berdiri di dalam gelung sebelum melontar ke arah sasaran.
4.     

Gelung Kecil




Gelung kecil digunakan sebagai laluan untuk menuju ke kawasan permulaan. Pemain dikehendaki melompat ketingting di dalam gelung kecil ini.
5.     

Skitel Kecil

Skitel kecil digunakan untuk penanda pembahagi kawasan.
6.     
Tiang
Kadbod yang mengandungi belon diikat pada tiang dengan menggunakan tali.
7.     
Tali
Tali digunakan untuk menyambungkan ketiga-tiga kadbod.
8.     
Peluru (Kertas + Ubat Stapler)


-   Kertas





-   Ubat Stapler
Peluru diperbuat daripada kertas dan ubat stapler.

Kertas digunakan sebagai peluru semasa melastik. Kertas akan digunting dan dilipat kecil.

Ubat stapler dipasanag di bahagian depan peluru.
9.     
Gelang Getah
Gelang getah berfungsi sebagai alat melepaskan peluru ke arah sasaran.
10.  
Kotak
Kotak digunakan untuk menyimpan peluru


Gambar-gambar Alatan:

Kadbod
Belon

Gelung


Gelung Kecil


                                                           
Skitel Kecil


 Tiang Badminton


Tali


 
                             +
                                   
Peluru = Kertas + Ubat Stapler




Gelung Getah


Kotak 






4.2   Prosedur pelaksanaan permainan mengikut kategori yang dipilih.

1.    Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan satu kumpulan terdiri daripada 8 orang dan pelajar perlu berbaris mengikut kumpulan yang telah ditetapkan .
2.    Permainan ini memakan masa selama 4 minit.
3.    Pemain dikehendaki melompat ketingting di dalam gelung kecil untuk menuju ke kawasan permulaan.
4.    Apabila sampai di kawasan permulaan, pemain mengambil satu gelang getah dan peluru seterusnya melastik ke arah sasaran iaitu belon yang dilekatkan pada kadbod pada jarak 1meter.
5.    Setiap ahli dalam kumpulan haruslah melastik peluru sekali sahaja pada satu masa secara bergilir-gilir tanpa berhenti selama 4 minit.
6.    Setiap kumpulan yang memecahkan satu belon akan mendapat satu mata. Setiap satu mata yang dikumpul, pemain akan dapat satu biji gula-gula.
7.    Kumpulan yang mengumpul mata terbanyak akan dikira sebagai pemenang.


  

4.3 Pelan kedudukan pelaksanaan permainan












4.4  Peraturan dan syarat-syarat permainan
1.    Setiap kumpulan hendaklah berbaris sebelum memulakan permainan.
2.   Pemain perlu melompat ketingting di dalam gelung kecil untuk menuju ke kawasan permulaan.
3.    Pemain yang telah melastik ke arah sasaran iaitu belon yang dilekatkan pada kadbod pada jarak 1 meter hendaklah beratur semula di belakang barisan kumpulan masing-masing.
4.    Setiap ahli kumpulan yang selesai melastik, ahli tersebut perlu keluar terlebih dahulu dari gelung yang disediakan dan barulah ahli yang seterusnya memasuki kawasan gelung dan melastik peluru ke arah sasaran.
5.    Setiap ahli dalam kumpulan haruslah melastik peluru sekali sahaja pada satu masa secara bergilir-gilir tanpa berhenti selama 4 minit.
6.    Para pemain tidak dibenarkan melastik peluru sesuka hati dan cuma boleh melontar peluru ke arah sasaran semasa gilirannya.

  

Contoh Borang Pemarkahan Riang Ria Meletup

KUMPULAN 1


                       MARKAH
O  O  O  O  O  O  O  O
O  O  O  O  O  O  O  O
KUMPULAN 2


                       MARKAH
O  O  O  O  O  O  O  O
O  O  O  O  O  O  O  O








KUMPULAN 3


                       MARKAH
O  O  O  O  O  O  O  O
O  O  O  O  O  O  O  O






No comments:

Post a Comment