Sunday 2 September 2012

Pergerakan Asas


1.0  PENGENALAN
                Dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 2, Pergerakan Asas merupakan salah satu daripada sukatan mata pelajaran yang perlu dipelajari di mana terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Semua guru pelatih bagi program ini diwajibkan untuk menyiapkan satu tugasan yang berkaitan dengan Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor di mana kami perlu menyediakan dan melaksanakan satu perancangan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan iaitu 4 hingga 5 orang dalam satu kumpulan.
            Kertas kerja ini merangkumi perancangan dan pelaksanakan satu aktiviti rangkaian pergerakan asas bagi murid-murid Tahap Satu. Aktiviti ini merupakan rangkaian pergerakan asas yang memberi perhatian kepada keseluruhan tubuh badan murid-murid. Semua aktiviti tersebut menitikberatkan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak sama ada dari segi fizikal, mental, emosi, dan juga sosial.
            Selain itu, kertas kerja ini juga memberikan panduan kepada guru pelatih untuk menjalani amali dan juga memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang cara dan prosedur untuk merancang dan melaksanakan aktiviti rangkaian pergerakan asas ini. Kertas kerja ini mengandungi panduan pelaksanaan demonstrasi, prosedur pelaksanaan demonstrasi yang dalam bentuk jadual, jenis-jenis pergerakan yang bersertakan gambar-gambar serta pelan kedudukan ujian amali Pergerakan Asas. Hal ini bertujuan memudahkan para guru pelatih melihat carta alir pergerakan asas dalam amali ini. Seterusnya ialah rumusan iaitu kesimpulan mengenai keseluruhan kertas kerja ini.

2.0  MATLAMAT
            Amali Pergerakan Asas ini diadakan bertujuan memberi pendedahan atau pendekatan kepada kita yang sebagai bakal guru tentang perancangan dan pelaksanakan aktiviti rangkaian pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan melalui penyediaan kertas kerja di samping membuat persiapan untuk menghadapi ujian amali Pergerakan Asas ini nanti. Selain itu, amali ini juga bertujuan untuk mendedahkan para guru pelatih kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih menarik dan mencabar mengikut tahap umur. Guru pelatih diharapkan dapat menggunakan peluang ini sebaik-baiknya dengan menimba seberapa banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai pergerakan asas ini dan dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak. Tambahan pula, melalui tugasan amali yang diberikan, para guru pelatih diharapkan boleh mempraktikkan pergerakan secara berkesan dalam kehidupan seharian setelah memperolehi pengetahuan yang maksimum. Bukan sahaja itu, para guru pelatih juga boleh mempelbagaikan kemahiran pergerakan asas dengan menggunakan alatan dan meningkatkan kemahiran serta kecekapan seseorang individu dalam sesuatu pergerakan. Secara langsungnya, guru pelatih yang terlibat dapat meningkatkan kecergasannya dari segi fizikal, mental, emosi dan sebagainya. Amali ini turut bertujuan mempertajamkan imaginasi dan sensiviti serta kreativiti dalam merancang pergerakan asas.
            Selain itu, kertas kerja ini dihasilkan bagi mendapat bimbingan pensyarah dalam menyediakan pergerakan-pergerakan yang sesuai untuk murid-murid tahap satu. Semoga amali seperti ini menjadi perintis kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi. Sehubungan itu, melalui tugasan amali ini yang dilakukan secara berkumpulan, turut diharapkan mampu mengeratkan hubungan antara satu sama lain di samping memupuk semangat toleransi dan kerjasama serta membentuk kepimpinan dan sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru.

3.0  OBJEKTIF
Objektif utama yang hendak dicapai melalui rangkaian pergerakan asas ini ialah merekacipta serta melaksanakan rangkaian pergerakan asas yang mengaplikasikan kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Selain itu, objektif lain yang terlibat ialah guru pelatih dapat:

        i.      Psikomotor
·   Melakukan pergerakan manupulasi alatan yang melibatkan aras, daya, arah dan bahagian tubuh badan.
·   Dapat menggabungkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manupulasi alatan secara bebas yang melibatkan penggunaan manipulasi alatan.
·   Melakukan dan menguasai kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan teknik yang betul melibatkan konsep pergerakan asas.
·   Melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang melibatkan aras, ekstensi dan perhubungan dengan 3 manipulasi alatan.
·   Melakukan gerak edar menggunakan konsep pergerakan asas.
·   Memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan.

      ii.      Kognitif
·   Menghasilkan satu kertas kerja untuk menyempurnakan satu rangkaian pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan.
·   Memahami konsep pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan dengan tepat.
·   Membentuk guru pelatih yang berfikiran kreatif dalam menyediakan pergerakan-pergerakan yang perlu dilakukan di setiap stesen.

     iii.      Afektif
·   Menunjukkan sikap dan nilai kerjasama dengan menyumbang idea dan berkongsi maklumat bersama rakan-rakan yang lain.
·   Mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli kumpulan dan rakan-rakan lain.
·   Bersikap berdisiplin dan mendengar arahan para penguji semasa ujian amali.
·   Melahirkan perasaan positif dalam diri guru pelatih dengan menginterprestasi idea secara simbolik melalui pergerakan.
·   Sentiasa berasa riang, seronok dan yakin semasa melakukan pergerakan dan sentiasa mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

  
4.0  KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi rangkaian pergerakan asas ini ialah murid Tahap satu iaitu murid tahun 3 yang berumur 9 tahun.


5.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI
5.1  PROSEDUR PELAKSANAAN DEMONSTRASI

Bil.
Jenis pergerakan

5.1 
Ahli kumpulan
Aktiviti / kemahiran
Catatan
1
Bukan lokomotor
A & B
Duduk dan baring
ü  A & B duduk dan baring sambil melambung dan menyambut bola secara bergilir-gilir
 


2
Lokomotor
A & B

Galop
ü  A & B galop sambil melambung dan menyambut bola antara satu sama lain secara bergilir-gilir
   


3
Bukan lokomotor
A,B & D
Berdiri
ü  A,B & D berdiri sambil melambung, menampar dan menyambut bola kepada rakan di sebelah kanannya
 



4
Lokomotor
D
Skip
ü  D skip ke dalam gelung melepasi seluruh badan
 


5
Bukan lokomotor
C & D
Berdiri dan meregang
ü  C & D berdiri dan meregang sambil melambung dan menyambut bola dengan menggunakan tangan dan kaki

-       Berdiri dan meregang di atas lantai dan peti lombol
-       Menggunakan bola bersaiz besar.
6
Lokomotor
C & D
Berjalan dan menggelungsur
ü  C & D  berjalan dan  menggelungsur menghadap tilam sambil mengangkat kaki D dan memutar bola


-       Memutar bola dengan menggunakan tangan
7
Bukan lokomotor
A,B,C & D
Duduk
ü  A, B, C & D duduk sambil memusing bola untuk dihantar ke rakan di sebelah kirinya

-       Memutar bola di atas lantai
8
Lokomotor
A & C
Ketingting (Hop)
ü  A & C ketingting sambil menghayun tali bersama-sama


9
Bukan lokomotor
A,B & C
Melentik dan berdiri
ü  A, B & C berdiri dan melentik sambil menggolek dan menyambut bola secara bergilir-gilir melepasi bawah badan C


-    C melentikkan badan dalam posisi melentang di atas lantai dan kaki dirapatkan
-    A & B berdiri sambil membongkokkan badan semasa menggolek dan menyambut bola


10
Lokomotor
B
Berjalan dengan membongkokkan badan
ü  B berjalan dengan membongkokkan badan sambil melantun bola melalui skitel

11
Bukan lokomotor
A,B,C & D
Berdiri
ü  A, B, C dan & D berdiri sambil menendang bola kepada rakan di sebelah kanannya secara serentak




12
Lokomotor
C & D
Berjalan
ü  C & D berjalan ke tepi di atas bangku gimnastik sambil menghayun gelung bersama-sama
 

13
Bukan lokomotor
A,B, C & D
Berdiri
ü  B & C berdiri sambil membaling dan menyambut bola sementara A & D berdiri sambil menggolek gelung antara satu sama lain secara bergilir-gilir



14
Lokomotor
A
Merangkak
ü  A merangkak melalui tangga sambil menggolek bola



15
Bukan lokomotor
A & B
Membongkok
ü  A & B membongkok sambil melantun bola antara satu sama lain secara bergilir-gilir

-       Membongkokkan badan dengan kaki dikangkang
16
Lokomotor
B
Skip
ü  B skip sambil melibas tali ke kiri dan ke kanan


17
Bukan lokomotor
B & C
Melentik
ü  B & C melentik sambil menarik dan menolak tali
 


18
Lokomotor
C
Berjalan
ü  C berjalan mengundur sambil memutar gelung


19
Lokomotor
C & D
Berjoging dan lompat layang (Leap)
ü  D berjoging dan membaling bola kepada C yang melakukan lompat layang di atas papan anjal sambil menyambut bola
                                                                         

20
Bukan lokomotor
A,B,C & D

Berdiri
ü  A,B,C & D berdiri sambil melambung dan menyambut gelung
-       Berdiri di atas lutut





















































































































































5.2  PELAN KEDUDUKAN UJIAN AMALI PERGERAKAN ASAS
LITAR RANGKAIAN PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR DENGAN MENGGUNAKAN ALATAN




5.3  SENARAI PERALATAN

BIL
ALATAN BERAT
KUANTITI
ALATAN TANGAN
KUANTITI
1
BANGKU PANJANG
2
BOLA
12
2
SKETEL
5
BOLA BESAR
1
3
TILAM
3
GELUNG
6
4
PAPAN ANJAL
1
TALI
2
5
PETI LOMBOL
1




6.0  RUMUSAN
Pembelajaran pergerakan asas ini merupakan satu topik yang amat penting dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam sekolah rendah. Ini adalah kerana melalui pembelajaran pergerakan asas, murid-murid dapat memperolehi pelbagai teknik pergerakan dan kemahiran manipulasi sesuatu objek. Teknik pergerakan ini, sama ada pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor adalah pergerakan yang kita amat perlukan dalam aktiviti seharian. Oleh itu, melalui pembelajaran pergerakan asas ini, murid-murid dapat menggunakan sesuatu pergerakan dengan gaya dan masa yang betul. Contohnya, ketika guru menggunakan pendekatan belajar melalui bermain, murid-murid akan menggabung jalinkan pelbagai jenis pergerakan yang diperoleh melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang memerlukan individu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain manakala pergerakan bukan lokomotor pula pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan kemahiran lokomotor sama ada berlari, mengimbang dan memanjat.
            Melalui aktiviti yang dijalankan kami dapat mempelajari bagaimana cara untuk merancang strategi pelaksanaan aktiviti rangkaian pergerakan asas dengan lebih sistematik.Secara tidak langsung, kami dapat membentuk dan menghasilkan corak pergerakan yang menarik. Hal ini dapat membantu kami dalam meningkatkan lagi daya pemikiran dan kreativiti. Oleh demikian, sebagai seorang bakal guru, kami perlu memupuk dan menerapkan daya kreativiti dalam diri masing-masing bagi melahirkan generasi yang lebih kreatif dan inovatif pada masa hadapan.
      Seterusnya, kami juga dapat mempelajari pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta mengetahui perbezaannya. Misalnya dalam dua kemahiran yang berbeza seperti melambung dan membaling, kami telah mengalami kekeliruan akibat daripada cara hantaran yang hampir sama. Namun, setelah melakukan tugasan ini, kami dapat mengenal pasti perbezaan antara kedua-dua kemahiran tersebut. Melambung merupakan satu pergerakan untuk melepasi halangan manakala membaling merupakan satu pergerakan untuk menghantar sesuatu objek jarak jauh.
            Akhir sekali, melalui tugasan ini, nilai kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli kumpulan. Kami bersama-sama berganding bahu untuk menyumbang idea, tenaga, masa, maklumat dan wang ringgit. Kami turut bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan.